Masa :- 8.00 pagi hingga 5.30 petang
Tempat :- Ibupejabat JobsMalaysia Cyberjaya
Tarikh :- 03/03/2012 (Sabtu)
Keterangan:- Aktiviti wajib yang sentiasa dinantikan oleh para pencari kerja seluruh negara. Syarikat berpengkalan Seremban ini telah mengemukan 1200 kekosongan jawatan peringkat profesional yang menjanjikan gaji yang lumayan untuk calon yang berjaya. Suasana sibuk dari pagi hingga ke petang menunjukkan program ini sentiasa mendapat sambutan yang hangat dari warga tempatan. Terima kasih kepada pegawai dari JMC Seremban yang sudi bergabung tenaga melaksanakan program murni ini. Diharap lebih ramai lagi majikan seperti SEC Construction tampil menggunakan perkhidmatan JobsMalaysia kerana kemudahan ini percuma dari kerajaan untuk rakyat dan menjanjikan sambutan yang menggalakkan dari semua rakyat Malaysia.Syabas ! kepada semua yang terlibat.
|
calon sudah hadir sejak awal pagi lagi |
|
dari kiri, calon dari utara . dari kanan dari selatan! |
|
En. Hatta sedang memberikan sedikit tip berkaitan penulisan resume berkesan. |
|
sambutan hangat sejak pagi lagi. |
|
|
|
semua calon sedang sibuk dengan sesi pendaftaran dan penerangan ringkas dari pihak majikan dan pihak JobsMalaysia |
|
En. Hatta dari JobsMalaysia sedang memberikan tip temuduga kepada yang hadir |
|
Sesi penerangan dari wakil SEC Construction Sdn Bhd |
|
pegawai JobsMalaysia sedang sibuk menguruskan sesi pendaftaran , walaupun sibuk tapi bila kamera dihalakan sempat juga tersenyum! |
|
Majikan SEC Construction |
|
Antara sebahagian calon yang hadir mencuba nasib, Good Luck To All Of You ! |
|
sesi temuduga
Semoga semua yang hadir dapat penganjuran temuduga terbuka ini. kepada yang berjaya tahniah diucapkan, kepada yang kurang bernasib baik , berjumpa di sesi akan datang. usaha tangga kejayaan ! |
No comments:
Post a Comment