Friday 24 February 2012

JMC RTC Gopeng , JMC terbaru! Jom Lihat- Lihat!

Terbaru terbaik!
Prasarana terbaru menanti anda di sana!
Kebanggaan terbaru JobsMalaysia

Workstation staf, agak 'messy' tanda banyak kerja kat sini. hehehe

Staf yang sentiasa bersedia melayani kehendak pelanggan yang hadir di sini.

'Boss' JMC Gopeng , Pn Zuridah yang sentiasa komited dengan tugas yang diamanahkan kepada beliau.

Ruang Legar yang luas dan selesa untuk semua pengunjung yang berurusan di sini.
Semoga rangkaian JMC Gopeng akan membuka satu lagi halaman baru kepada JobsMalaysia dalam menyebarluaskan rangkaian di seluruh negara agar perkhidmatan kita sentiasa dihati rakyat. Syabas JobsMalaysia!

Sunday 19 February 2012

Karnival Azam Kerja di Gopeng , Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia sentiasa dihati rakyat!

Tarikh:- 18 & 19 /2/2012 (Sabtu dan Ahad)
Tempat:- JobsMalaysia Centre (JMC) Gopeng di Rural Transformation Centre (RTC) Gopeng.
Keterangan:- Karnival 3P Azam Kerja di sini mendapat sambutan meriah dari rakyat setempat, karnival ini juga mendapat sokongan dari agensi kerajaan yang lain seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Jabatan Kemajuan Orang Asli serta lain-lain agensi dibawah kerajaan negeri berpadu tenaga bagi menjayakan karnival ini. Sokongan padu rakyat setempat adalah kunci utama kejayaan program ini. Sesungguhnya program seperti ini sentiasa membuktikan bahawa Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia sentiasa memberikan komitmen yang tinggi dalam segala aspirasi kerajaan supaya rakyat pada akhirnya dapat menikmati kemakmuran yang dibawa oleh kerajaan secara keseluruhannya. Berikut gambar yang sempat dirakam di karnival tersebut.

RTC Gopeng ,prasarana baru kerajaan untuk penduduk setempat. Hadiah berharga dari kerajaan buat warga  Gopeng dalam meniti pembangunan masakini
sambutan warga setempat yang menggalakan
kehadiran luar jangkaan ! segenap lapisan masyarakat menikmati faedah dari penganjuran karnival ini.
temuduga terbuka yang dijalankan pada hari tersebut, sambutan amat menggalakan!
taklimat ringkas dari En. Rahmat kepada wakil majikan yang hadir berkaitan aturcara program yang dijalankan.
suasana sibuk sepanjang programberlangsung
warga setempat mendapat manfaat dari program yang dijalankan.
para peserta sedang mendaftar di kaunter yang disediakan
berikut serba sedikit gambar di booth majikan yang hadir:-

mybest

saujana hidayah food

mostwell

akrab global

mysuri


roszall

nu'della


all malaysian creation

MIDS

D



ziimaxx

kfc holding


Giant (GCH retail)
En. Rahmat sedang memberi taklimat kepada hadirin.

calon yang hadir tekun mendengar penerangan yang diberikan dari majikan
kedatangan Yg Bhg Dato' Sheikh Yahya menunjukan komitmen beliau dalam setiap program yang dijalankan
Yg Bhg Dato' KP melawat majikan yang hadir.
Calon berjaya, kegembiraan dihati mereka, kepuasan jitu dihati pegawai JobsMalaysia

program ini telah dijalan selama 2 hari dan mendapat sambutan yang menggalakan. rata-rata pengunjung memuji program ini kerana membawa era baru dalam diri mereka untuk merubah kehidupan mereka. semoga program seumpama ini sentiasa dijalankan dari semasa ke semasa bagi menunjukkan komitmen JobsMalaysia yang tidak berbelah bagi kepada penduduk setempat. syabas kepada semua yang terlibat!

JobsMalaysia Centre (JMC) baru di Gopeng, RTC Gopeng jadi saksi!

Tempat:- Rural Transformation Centre (RTC) Gopeng.
Keterangan:- 'Our New Babies' JMC Gopeng kini dibuka, warga Gopeng pula menikmati faedah dari penubuhannya. Sambutan dari warga Gopeng amat menggalakan. Program dirangka dilihat menjadi dan tepat pada sasarannya. Semoga JMC Gopeng terus menjadi medium JTK menyampaikan khidmat kepada masyarakat setempat.

RTC Gopeng , satu lagi usaha kerajaan membawa pembangunan kepada rakyat setempat.Gopeng kini berwajah baru!
JMC Gopeng , legasi Jobsmalaysia kini dinikmati warga setempat


Aktiviti utama, temuduga terbuka, antara majikan yang komited dengan aktiviti kami, tahniah diucapkan.
aktiviti kami sentiasa mendapat sambutan luar jangkaan.
kedatangan Yang Berbahagia Dato' Sheikh Yahya Bin Sheikh Mohamed (Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia) sentiasa turun padang dalam aktiviti yang dijalankan, mengiringi  beliau adalah Tuan Pengarah Tenaga Kerja Perak Encik Wan Zulkfli Bin Wan Setapa.
antara promosi yang dijalankan bagi memupuk kesedaran dari warga setempat
'orang kuat jobsmalaysia' En. Bashah sedang bertemu dengan majikan yang hadir untuk mendapatkan maklumbalas berkaitan aktiviti yang dijalankan.
Pn. Zuridah Binti Ahmad, tanpa beliau JMC RTC Gopeng tidak akan beroperasi, sentiasa komited dalam menyampaikan perkhidmatan kerajaan kepada rakyat setempat.
En. Rahmat Ismail membawa Yg Bhg Dato' Sheikh Yahya dengan diiringi oleh En. Wan Zulkfli Bin Wan Setapa  beramah mesra dengan majikan yang menjayakan program bersama JobsMalaysia pada kali ini.
warga setempat bersama pegawai Jobsmalaysia, wadah '1 Malaysia' menepati sasarannya. JMC Gopeng jadi saksinya!
dengan tertubuhnya JMC Gopeng , 'wajah usang' Gopeng kini tinggal kenangan, tranformasi Gopeng sedang berada dilandasan yang sebenar!


JMC Gopeng yang terletak di RTC Gopeng kini dibuka untuk warga setempat . Silalah lawat dan menggapai peluang yang tersedia untuk anda semua. JobsMalaysia sentiasa bersama rakyat di mana jua anda berada!


Wednesday 15 February 2012

Jawatankuasa buletin dibentuk, khabaran baik menuju tranformasi yang pasti ditunggu-tunggu!

Pejabat JobsMalaysia Cyberjaya 16/2/2012; Penerbitan blog sekali lagi diberi lampu hijau apabila Pengarah Bahagian Pekerjaan /JobsMalaysia , En. Rahmat Bin Ismail telah merestui kewujudan buletin ini dan amat mendukung projek kami ini. Beliau telahmewujudkan satu jawatankuasa khas untuk penambahbaikan blog ini dari masa ke masa supaya tampil menarik dan penuh dengan informasi berguna buat semua. Keprihatinan beliau amat saya hargai. mesyuarat ringkas telah dilakukan dan beliau melantik En.Khairul Rizam dan En. Zamzuraimi untuk menjadi sebahagian dari editor blog ini. Sekalung penghargaan buat yang dilantik. Semoga blog/buletin ini sentiasa menjadi wadah berguna kepada semua rakyat di Malaysia ini. berikut sedikit gambar yang sempat dirakam penulis.

lontaran idea bernas En. Rizam (kiri) sambil mendapat perhatian dari En.Zamzuraimi (kanan)
idea dikumpul menunggu masa untuk dilaksanakan. Semoga usaha murni ini mendapat sokongan semua pihak


Ternyata sokongan  dari pihak atasan akan membawa buletin ini kepada satu dimensi baru dalam method penyampaian JobsMalaysia pada masa akan datang. Amin!


Tuesday 14 February 2012

kelab rekreasi jobsmalaysia cyberjaya di tubuh!, sihat badan cerdas minta , hilang stress!

Bertempat di kelab sukan cyberjaya telah ditubuhkan kelab sukan jobsmalaysia cyberjaya bagi memupuk budaya sihat dikalangan warga jobsmalaysia cyberjaya. Kelab ini lebih kepada sukan badminton kerana di asaskan oleh En. Ariffin Hassan yang meminati bidang badminton. Kelab ini juga disokong oleh tuan pengarah iaitu En. Rahmat Bin Ismail yang amat menggalakan kelab seumpama ini diadakan di semua pejabat Jobsmalaysia seluruh negara. Diharap kelab ini akan segar bertahan supaya warga Jobsmalaysia mampu menjadi pegawai yang sihat jasmani mental emosi dan rohani dalam berdepan dunia serba mencabar ini. Hidup Kelab Sukan Jobsmalaysia Cyerjaya!

sesi pendaftaran kelab yang dilakukan oleh En. Ariffin (dua dari kiri)
penulis (kanan) bersama staf Jobsmalaysia, En. Wan, Semangat nak main badminton!
sesi memanaskan badan!
En. Fadhli and Son, sukanya Feroz dapat ikut ayah dia!


gelagat pemain handalan Jobsmalaysia Cyberjaya, ada bran , mari test power!


wan dah penat , baju basah habis , air mana air, haus!
tak tahan tengok je, terus capai raket dan main, power gak fadhli main , smash benam satu!, tapi pakaian slek, tak kena tema!
apa tengok-tengok! ada bran amek reket kita tengok sapa campaion!
rehat sambil mengatur pernafasan
ahli kelab sukan Jobsmalaysia Cyberjaya, sekuntum bunga dikalangan kumbang, jadilah pada takde langsung! hehehe
setelah puas main , kami pun balik la. jumpa lagi pada tarikh yang di tetapkan. Pelapis kelab Feroz dengan tabung shuttle cocknya. hehehe
ternyata 2 jam yang sangat menggembirakan, sambil beriadah eratkan hubungan sesama warga Jobsmalaysia. Semoga kegiatan ini terus berjalan demi memupuk budaya sihat dikalangan warga Jobsmalaysia Cyberjaya khususnya dan warga JTKSM seluruhnya. Majulah sukan untuk negara!

Sekian, terima kasih.