Tuesday 27 March 2012

Mesyuarat penerangan kerja kepada agensi kerajaan yang terlibat dalam sekreteriat Azam Kerja 2012, JobsMalaysia membuktikan kemampuannya sebagai Champion!

tarikh:- 26-28 / 03 / 2012
masa :- 8.30 pagi hingga 4.30 petang.
penerangan :- Mesyuarat ini adalah amat penting untuk memberikan penerangan sewajarnya kepada agensi yang terlibat dalam sekreteriat Azam Kerja 2012. Melalui kefahaman yang jelas segalanya akan terjemah dalam bentuk kejayaan seperti tahun-tahun sudah. Semoga JobsMalaysia kekal sebagai "pemain utama" dalam program Azam Kerja pada masa akan datang . Syabas JobsMalaysia anda memang champion!

Speaker dari  JobsMalaysia, En. Hasnor Faiz dan En. Mustafa tenang dalam penerangan dan penjelasan dalam setiap persoalan yang dikemukan oleh pelbagai agensi

barisan agensi  yang hadir

wakil agensi tekun mendengar penerangan dari wakil JobsMalaysia

majlis berjalan lancar seperti dirangka

bantuan lcd memudahkan penyampaian

beberapa soalan berbangkit, Pn. Johana selaku pengerusi mesyuarat tenang dalam mendengar segala persoalan yang diutarakan

semoga kesempatan ini digunakan dengan sebaik mungkin

barisan produk yang dipersembahkan untuk tatapan peserta dan wakil agensi terlibat
Semoga semua agensi yang terlibat dapat memberikan kerjasama terbaik untuk memastikan program ini tanda aras tertinggi dan membuktikan kesungguhan kerajaan membantu golongan yang memerlukan. Syabas kepada semua yang terlibat!

Sambutan hari lahir Dato' KP JTKSM , hanya satu kata, meriah!

tempat:- Ruang Legar Ibu Pejabat JTKSM
masa :- 10 pagi
tarikh:- 27 / 03 / 2012
penerangan :- Majlis ini adalah salah satu majlis yang amat ditunggu-tunggu oleh warga pejabat JTKSM. majlis ini dituukan khas buat Yg Bhg Dato' tanda kasih sayang warga pejabat kepada Dato' yang telah memimpin JTKSM menjadi sebuah jabatan yang disegani oleh masyarakat akan sumbangannya kepada pembangunan negara. Berikut adalah beberapa keping gambar yang sempat dirakamkan.

Insan yang dirai, Yg Bhg Dato' Sheikh Yahya Bin Sheikh Mohamad , Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia.

Pengacara majlis, En. Asri Bin Wahab, Pengarah Unit Standard Perburuhan JTKSM

ucapan Yg Bhg Dato' sempena majlis hari lahir beliau, disebelah beliau, Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia, Dato' Shariff Bin Hussin

acara memotong kek , satu upacara yang wajib

hadiah hari lahir Dato' dari unit pekerjaan (JobsMalaysia) disampaikan oleh Dato' TKSU

sempat bergambar bersama Dato' sempena hari kelahiran beliau, antara kenangan  manis dalam kerjayaku sebagai Pegawai Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia

En. Bashah (Timbalan Pengarah Unit Perkhidmatan Pekerjaan (JobsMalaysia) juga sempat mengabadikan kenangan bersama Dato' KP pada majlis tersebut.

 Sesungguhnya majlis ini diadakan semata-semata untuk membuktikan rasa kasih warga kerja kepada "Boss" yang amat kami kagumi jasanya kepada rakyat serta warga JTKSM selama ini. Semoga Yg Bhg Dato' akan terus sihat dan melakar pelbagai lagi kejayaan untuk JTKSM sepanjang tempoh beliau menerajui tampuk kepimpinan JTKSM pada masa akan datang.

hari ketrampilan ukm, JobsMalaysia antara agensi kerajaan yang menjadi keutamaan mahasiswa!

tempat:- Universiti Kebangasaan Malaysia (UKM), Bangunan Pusanika.

penerangan:- UKM adalah antara universiti yang terkemuka di Malaysia yang banyak melahirkan golongan cendikiawan di Malaysia yang banyak banyak berjasa dalam pembangunan Malaysia. Kepercayaan UKM kepada JobsMalaysia telah diterjemahkan dalam bentuk hubungan persefahaman seperti ini. Pihak JobsMalaysia telah berbesar hati kerana dijemput menjadi juri penampilan pelajar pada kali ini. Perkara ini jelas sekali mencerminkan betapa pentingnya peranan JobsMalaysia dalam pembangunan sumber manusia yang tinggi ilmu pengetahuannya malah berketrampilan apabila berada di pasaran kerja semasa di Malaysia 

tempat berlangsung
usahawan UKM, hasil idea JobsMalaysia bagi memantapkan semangat keusahawanan dikalangan mahasiswa
hasil kerja mahasiswa pada malam itu.
pengacara majlis

pengarah program beserta timbalannya

para peserta (duduk)

sesi bacaan doa bagi memberkati majlis

gaya peserta pertama

busana muslimah

busana muslimah di majlis keramaian

semi kasual sesuai untuk majlis makan malam

barisan peserta

sambil belajar masih mempunyai bakat tersembunyi

perasmi majlis , dari Unit Hal Ehwal Pelajar UKM

gaya seperti "wan kamarudin edisi siasat"

johan yang telah dapat di jangka.


Semoga kerjasama dan kepercayaan UKM kepada JobsMalaysia dapat dikekalkan dan diteruskan di majlis yang lain juga. Universti tempatan lain seharusnya mencontohi UKM kerana bijak merangka program yang dapat memupuk pelbagai pendidikan berguna untuk mempersiapkan diri mahasiswa menempuh alam pekerjaan yang serba mencabar. Syabas buat UKM atas usaha anda, jangan lupa jemput kami dilain kali!

karnival JobsMalaysia di melaka bersama MARA , satu gandingan mantap!

tempat:- mitc melaka

vanue diadakan sedang berdiri gah menanti pengunjung


pintu masuk yang menggamit pengunjung
ruang pendaftaran dan hebahan pamplet
En. Rahmat memberikan ceramah motivasi kepada peserta azam kerja di Melaka

pengunjung terhibur serta mendapat manfaat dari ceramah yang diberi En. Rahmat (Pengarah Khidmat Pekerjaan)
ceramah dari CIDB

ceramah dari PTPK
sentuhan di booth pula

kesungguhan akan memberikan kejayaan

"sebuah rumah bermula dari sekecil bata"
sambutan menggalakan

kekosongan yang sedia menanti pencari peluang

padat dengan pengunjung

sekeluarga mendapat manfaat

suasana booth yang menggalakan
semoga usaha ini dikekalkan sampai bila-bila kerana memberikan manfaat kepada semua.

Wednesday 14 March 2012

kerjasama jobsmalaysia bersama jabatan pembangunan wanita, sambutan hari wanita di MMU meriah!

kedatangan En. Mazni Yahya "orang kuat" JPW ke booth kami
warga polis wanita juga menghadiri booth kami
memberi penerangan
sedia memberi penerangan kepada semua
peserta ngo's yang hadir dan sempat bergambar
en. fadhli (jobsmalaysia) beramah mesra dengan peserta booth yang ada.
bacalah jika kamu tidak tahu
pengunjung ramai , semangat sikit untuk berikan penerangan kepada yang hadir
salah satu medan jobsmalaysia bertemu orang ramai
sesi melekat kata semangat buat sang bunga
booth rasmi kami di sana , staf kami senyum sokmo!
hari yang bermakna
suasana dewan sesak dengan hadirin yang hadir bagi memeriahkan majlis
selesai acara perasmian, apa lagi jalan-jalan booth time!


Sebelum terlupa , karnival ini dianjurkan pada khamis (8/3/2012) . Perasminya adalah yb kementerian pembangunan wanita dan keluarga , Dato' Sri Shahrizat Bin Abdul Jalil   . semoga berjumpa tahun hadapan .