Wednesday, 15 February 2012

Jawatankuasa buletin dibentuk, khabaran baik menuju tranformasi yang pasti ditunggu-tunggu!

Pejabat JobsMalaysia Cyberjaya 16/2/2012; Penerbitan blog sekali lagi diberi lampu hijau apabila Pengarah Bahagian Pekerjaan /JobsMalaysia , En. Rahmat Bin Ismail telah merestui kewujudan buletin ini dan amat mendukung projek kami ini. Beliau telahmewujudkan satu jawatankuasa khas untuk penambahbaikan blog ini dari masa ke masa supaya tampil menarik dan penuh dengan informasi berguna buat semua. Keprihatinan beliau amat saya hargai. mesyuarat ringkas telah dilakukan dan beliau melantik En.Khairul Rizam dan En. Zamzuraimi untuk menjadi sebahagian dari editor blog ini. Sekalung penghargaan buat yang dilantik. Semoga blog/buletin ini sentiasa menjadi wadah berguna kepada semua rakyat di Malaysia ini. berikut sedikit gambar yang sempat dirakam penulis.

lontaran idea bernas En. Rizam (kiri) sambil mendapat perhatian dari En.Zamzuraimi (kanan)
idea dikumpul menunggu masa untuk dilaksanakan. Semoga usaha murni ini mendapat sokongan semua pihak


Ternyata sokongan  dari pihak atasan akan membawa buletin ini kepada satu dimensi baru dalam method penyampaian JobsMalaysia pada masa akan datang. Amin!


No comments:

Post a Comment