Sunday, 19 February 2012

JobsMalaysia Centre (JMC) baru di Gopeng, RTC Gopeng jadi saksi!

Tempat:- Rural Transformation Centre (RTC) Gopeng.
Keterangan:- 'Our New Babies' JMC Gopeng kini dibuka, warga Gopeng pula menikmati faedah dari penubuhannya. Sambutan dari warga Gopeng amat menggalakan. Program dirangka dilihat menjadi dan tepat pada sasarannya. Semoga JMC Gopeng terus menjadi medium JTK menyampaikan khidmat kepada masyarakat setempat.

RTC Gopeng , satu lagi usaha kerajaan membawa pembangunan kepada rakyat setempat.Gopeng kini berwajah baru!
JMC Gopeng , legasi Jobsmalaysia kini dinikmati warga setempat


Aktiviti utama, temuduga terbuka, antara majikan yang komited dengan aktiviti kami, tahniah diucapkan.
aktiviti kami sentiasa mendapat sambutan luar jangkaan.
kedatangan Yang Berbahagia Dato' Sheikh Yahya Bin Sheikh Mohamed (Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia) sentiasa turun padang dalam aktiviti yang dijalankan, mengiringi  beliau adalah Tuan Pengarah Tenaga Kerja Perak Encik Wan Zulkfli Bin Wan Setapa.
antara promosi yang dijalankan bagi memupuk kesedaran dari warga setempat
'orang kuat jobsmalaysia' En. Bashah sedang bertemu dengan majikan yang hadir untuk mendapatkan maklumbalas berkaitan aktiviti yang dijalankan.
Pn. Zuridah Binti Ahmad, tanpa beliau JMC RTC Gopeng tidak akan beroperasi, sentiasa komited dalam menyampaikan perkhidmatan kerajaan kepada rakyat setempat.
En. Rahmat Ismail membawa Yg Bhg Dato' Sheikh Yahya dengan diiringi oleh En. Wan Zulkfli Bin Wan Setapa  beramah mesra dengan majikan yang menjayakan program bersama JobsMalaysia pada kali ini.
warga setempat bersama pegawai Jobsmalaysia, wadah '1 Malaysia' menepati sasarannya. JMC Gopeng jadi saksinya!
dengan tertubuhnya JMC Gopeng , 'wajah usang' Gopeng kini tinggal kenangan, tranformasi Gopeng sedang berada dilandasan yang sebenar!


JMC Gopeng yang terletak di RTC Gopeng kini dibuka untuk warga setempat . Silalah lawat dan menggapai peluang yang tersedia untuk anda semua. JobsMalaysia sentiasa bersama rakyat di mana jua anda berada!


No comments:

Post a Comment