Monday 5 March 2012

Temuduga Terbuka SEC (MALAYSIA) CONTRACTING Sdn Bhd anjuran JobsMalaysia tarik calon berkelayakan dari utara ke selatan!

Masa :- 8.00 pagi hingga 5.30 petang
Tempat :- Ibupejabat JobsMalaysia Cyberjaya
Tarikh :- 03/03/2012 (Sabtu)

Keterangan:- Aktiviti wajib yang sentiasa dinantikan oleh para pencari kerja seluruh negara. Syarikat berpengkalan Seremban ini telah mengemukan 1200 kekosongan jawatan peringkat profesional yang menjanjikan gaji yang lumayan untuk calon yang berjaya. Suasana sibuk dari pagi hingga ke petang menunjukkan program ini sentiasa mendapat sambutan yang hangat dari warga tempatan. Terima kasih kepada pegawai dari JMC Seremban yang sudi bergabung tenaga melaksanakan program murni ini. Diharap lebih ramai lagi majikan seperti SEC Construction tampil menggunakan perkhidmatan JobsMalaysia kerana kemudahan ini percuma dari kerajaan  untuk rakyat dan menjanjikan sambutan yang menggalakkan dari semua rakyat Malaysia.Syabas ! kepada semua yang terlibat.
calon sudah hadir sejak awal pagi lagi
dari kiri, calon dari utara . dari kanan dari selatan!
En. Hatta sedang memberikan sedikit tip berkaitan penulisan resume berkesan.

sambutan hangat sejak pagi lagi.

semua calon sedang sibuk dengan sesi pendaftaran dan penerangan ringkas dari pihak majikan dan pihak JobsMalaysia
En. Hatta dari JobsMalaysia sedang memberikan tip temuduga kepada yang hadir
Sesi penerangan dari wakil SEC Construction Sdn Bhd
pegawai JobsMalaysia sedang sibuk menguruskan sesi pendaftaran , walaupun sibuk tapi bila kamera dihalakan sempat juga  tersenyum!
Majikan SEC Construction
Antara sebahagian calon yang hadir mencuba nasib, Good Luck To All Of You !
sesi temuduga

Semoga semua yang hadir dapat penganjuran temuduga terbuka ini. kepada yang berjaya tahniah diucapkan, kepada yang kurang bernasib baik , berjumpa di sesi akan datang. usaha tangga kejayaan !

No comments:

Post a Comment