Tuesday 27 March 2012

Sambutan hari lahir Dato' KP JTKSM , hanya satu kata, meriah!

tempat:- Ruang Legar Ibu Pejabat JTKSM
masa :- 10 pagi
tarikh:- 27 / 03 / 2012
penerangan :- Majlis ini adalah salah satu majlis yang amat ditunggu-tunggu oleh warga pejabat JTKSM. majlis ini dituukan khas buat Yg Bhg Dato' tanda kasih sayang warga pejabat kepada Dato' yang telah memimpin JTKSM menjadi sebuah jabatan yang disegani oleh masyarakat akan sumbangannya kepada pembangunan negara. Berikut adalah beberapa keping gambar yang sempat dirakamkan.

Insan yang dirai, Yg Bhg Dato' Sheikh Yahya Bin Sheikh Mohamad , Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia.

Pengacara majlis, En. Asri Bin Wahab, Pengarah Unit Standard Perburuhan JTKSM

ucapan Yg Bhg Dato' sempena majlis hari lahir beliau, disebelah beliau, Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia, Dato' Shariff Bin Hussin

acara memotong kek , satu upacara yang wajib

hadiah hari lahir Dato' dari unit pekerjaan (JobsMalaysia) disampaikan oleh Dato' TKSU

sempat bergambar bersama Dato' sempena hari kelahiran beliau, antara kenangan  manis dalam kerjayaku sebagai Pegawai Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia

En. Bashah (Timbalan Pengarah Unit Perkhidmatan Pekerjaan (JobsMalaysia) juga sempat mengabadikan kenangan bersama Dato' KP pada majlis tersebut.

 Sesungguhnya majlis ini diadakan semata-semata untuk membuktikan rasa kasih warga kerja kepada "Boss" yang amat kami kagumi jasanya kepada rakyat serta warga JTKSM selama ini. Semoga Yg Bhg Dato' akan terus sihat dan melakar pelbagai lagi kejayaan untuk JTKSM sepanjang tempoh beliau menerajui tampuk kepimpinan JTKSM pada masa akan datang.

No comments:

Post a Comment